a a) Sikap guru itu.
Setiap guru mempunyai sikap yang berbeza samalah dengan pelajar.
Contohnya, guru malas mengajar, tidak membuat kerja, tidak mengambil berat
tentang pelajar dan sebagainya. Sikap guru ini termasuklah rasa bosan yang
terbit dalam diri guru setelah mereka bertahun-tahun di sekolah yang sama dan
menjalani rutin harian yang sama. Guru tersebut akan mula berasa bosan dengan
perkara yang hampir sama dilaluinya setiap hari. Sikap guru yang tidak
bertanggungjawab dan tidak memegang amanah serta mengabaikan kod etika
perguruan juga cenderung melakukan kesalahan ini secara tidak sengaja. Malah
mereka tidak menyedari bahawa mereka telah melakukan kesalahan yang amat berat
dan melanggar etika keguruan dan secara tidak langsung merendahkan martabat
keguruan dalam diri mereka itu sendiri. Selain itu, minat yang hilang untuk
mengajar juga merupakan salah satu faktor menyebabkan guru hilang motivasi
untuk memberi komitmen yang sepenuhnya kepada sekolah.
b b) Persekitaran
Apabila dikaitkan dengan persekitaran, guru yang ditugaskan di
persekitaran sekolah yang harmonis akan memberikan komitmen sepenuhnya
berbanding sebaliknya. Rakan-rakan kerja yang komited akan mempengaruhi sedikit
sebanyak persembahan guru tersebut dalam pekerjaannya. Sekiranya guru itu
ditugaskan di sekolah yang persekitarannya agak pasif maka guru tersebut akan
menjadi pasif dan akhirnya hilang motivasi kerja dan tidak memberi komitmen
yang sepenuhnya. Biasanya guru yang berpindah sekolah baru di sebabkan
pertukaran yang terpaksa menyebabkan guru hilang fokus untuk mengajar kerana
perlu menyesuaikan dengan tempat baru dan kerenah pelajar yang baru. Di samping
itu, berjauhan dengan keluarga menyebabkan satu masalah bagi untuk melihat
keadaan keluarga.
c
c c) Bebanan kerja
Bebanan kerja guru yang semakin hari semakin meningkat merupakan
salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah guru ponteng. Tekanan kerja
yang dibebani kadang kala menyebabkan mereka tidak bersedia untuk mengajar demi
untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Guru mengambil langkah mudah dengan
meminta murid untuk melakukan kerja masing-masing sementara guru tersebut
menyiapkan tugasan yang diberikan kepadanya oleh pihak pentadbir. Masalah
bebanan kerja ini perlu diteliti semula kerana bebanan kerja yang melampau akan
mengganggu proses P&P guru dan memberi tekanan emosi kepada guru
sehinggakan minatnya untuk mengajar terganggu.
No comments:
Post a Comment