Tuesday, 22 April 2014

ciri-ciri guru positif dan negatif

Ciri-ciri sahsiah guru positif dan negatif.
v  Sahsiah mempunyai tiga ciri utama yang ingin diterapkan iaitu,
 Ø  Pertama, ialah keunikan dengan maksud tersendiri.
 Ø  Kedua, ialah kebolehansuain atau keupayaannya untuk berubah dan diubah;
  hasil pembelajaran atau pengalaman.
 Ø  Ketiga, ialah organisasi. Dengan perkataan lain ia bukan sekadar himpunan
  tingkah laku sebaliknya ia melibatkan corak tindakan dan operasi yang bersifat  
  konsisten. Tegasnya sahsiah mencerminkan sifat, fizikal, kognitif, emosi, sosial dan rohani      
  seseorang. 
 Ø  Selain itu, sahsiah juga merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu 
  secara keseluruhan. Ini merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat,
  kepercayaan, cita-cita dan nilai-nilai.

Ciri-ciri sahsiah guru yang positif dalam profesion perguruan.
Menurut Prof Omar al-Toumi al-Syibani sifat dan ciri seorang guru muslim hendaklah merangkumi sifat rohani, sifat fizikal dan beberapa keunggulannya.
Sifat Rohaniah
 Ø  Ianya merupakan perlakuan keimanan yang kental kepada Allah s.w.t.
  Sifat-sifat keimanan asas yang lain merangkumi sifat akhlak, mental, kejiwaan dan fizikal.
 Antara sifat-sifat akhlak yang mulia adalah benar lagi jujur, menepati janji,
            amanah, ikhlas dalam perkataan dan perbuatan, merendah diri, sabar, tabah lagi
            cekal, pemaaf dan toleransi. Akhlak mulia ini secara langsung terpamer dengan
            menyayangi murid, mementingkan orang lain, pemurah, zuhud dan qanaah 
 Ø  Sifat mental pula bercirikan cerdas (kepintaran teori, amali dan sosial), menguasai
           mata pelajaran takhassus, luas pengetahuan am, cenderung kepada pelbagai
           bidang akliah, dan ilmiah yang sihat, mengenal ciri, watak, kecenderungan dan
           keperluan murid, fasih, bijak dan petah dalam penyampaian.
 Ø  Sifat kejiwaan akan memaparkan karektor yang tenang dan emosi yang mantap.
          Sentiasa optimistik dalam hidup, penuh harap kepada Allah dan tenang jiwa bila   
          mengingati-Nya. Turut hadir juga rasa kepercayaan kepada diri dan mempunyai
          kemahuan baik yang kuat.  Bersifat sentiasa kesantunan bahasa, lembut dan baik
         dalam pergaulan.  Berfikiran selesa dan boleh menyesuaikan diri dengan       
          masyarakat.
 Ø  Sifat fizikal yang ingin diterapkan adalah sihat tubuh badan dan terhindar dari
          penyakit berjangkit atau tidak berjangkit. Sentiasa berperawakan tampan, kemas dan
          bersih.

 v  Berikut pula adalah berapa ciri-ciri sahsiah yang unggul antaranya adalah mesra,   
           rebut peluang, baik hati, bertoleransi, bermatlamat, beri peluang, berani, menolong,  
           tenang, dominan, sabar, periang, optimis, boleh dipercayai, teratur, pragmatik,    
           bercita-cita, sensitif, pemurah, dan bijaksana.

Berikut pula adalah beberapa karektor guru yang kurang berkesan (negatif).
Antaranya ciri-ciri guru negatif adalah
a.         bersikap tidak adil dan pilih kasih
b.         tidak demokratik dan mengutamakan cara autokratik
c.         terbatasnya amalan timbang rasa.
d.         Kurang responsif dan sering menjauhkan diri terhadap amanah.
e.         Berjiwa kasar dan membosankan
f.          Tidak asli tetapi lebih ”stereotype”.
h.         Tidak peduli dan amalan kurang memberi kesan
j.          Kurang bertanggungjawab dan bersikap dalih
k.         Emosi tidak seimbang dan mudah naik perasan.

Sikap negatif guru juga membabitkan beberapa kelakuan yang terlarang seperti
a. Menguruskan perniagaan atau pelaburan dalam waktu pejabat / tugas rasmi;
b. Memberi keutamaan kepada kenalan dalam menimbangkan sesuatu permohonan.
c. Menguruskan tender / sebut harga yang terdiri dari saudara mara;
d. Menggunakan kenderaan pejabat untuk kegunaan sendiri;
e. Menggunakan kakitangan/alat jabatan untuk hal-hal persendirian
f. Mencemar memburukkan nama baik perkhidmatan awam.
g. Menghasut kakitangan supaya jangan berusaha dalam menjalankan tugas;
h. Mengambil cuti rehat di saat perkhidmatannya diperlukan.
i. Tidak hadir tanpa cuti, tanpa kebenaran dan tanpa sebab yang munasabah.
j. Ingkar perintah.
k. Masih tidak hadir setelah ketua jabatan mengarahkan supaya kembali bertugas