Tuesday, 22 April 2014

Isu Guru



Isu Guru Cabul Pelajar

Dewasa ini, kejadian gangguan seksual semakin berleluasa dan agak merunsingkan semua pihak. Gangguan seksual ini bukan sahaja berlaku di tempat kerja dan tempat awam malah isu ini telah menular di sekolah-sekolah. Tidak kira sekolah menengah mahupun sekolah rendah. Di mana mangsa gangguan seksual ini ialah murid-murid ataupun pelajar-pelajar. Gangguan seksual yang dilakukan oleh para pendidik ini menunjukkan mereka tidak bertanggungjawab dalam melindungi anak murid di bawah jagaan mereka. Sering kali kita dengar terdapat tingkah laku yang negatif yang dilakukan oleh guru tidak kira guru itu muda atau tua. Ini memberikan gambaran bahawa sekolah bukan lagi institusi yang selamat dari masalah ini jika hal ini dilakukan sendiri oleh guru.





Di Kuala Lumpur Tindakan seorang guru sekolah rendah yang mendenda dua orang anak muridnya dengan mengantungkan loceng di leher telah mengundang kemarahan sesetengah pihak.

Insiden di Sekolah Jenis Kebangsaan ( C ) Khai Meng di Sungkai, Perak ini diketahui ramai apabila Yarnis Kasumi Dewi Zainal Aripin, 31, membuat laporan polis yang mendakwa anaknya telah dimalukan oleh guru tersebut.

Menurut laporan yang dibuat semalam itu, anak Yarnis dan seorang lagi rakannya telah didenda memakai loceng di leher pada 3.30 tengah hari Khamis.

“Anak saya dan kawannya ada meminta untuk pergi rehat kerana sudah waktu rehat tetapi anak saya dan kawannya telah diberi rumput dan cikgu itu cakap ‘lembu tak buat kerja rumah mesti kena makan rumput’,” kata Yarnis dalam laporannya.

Bagaimanapun, ketua balai polis Tapah Supt Som Sak Din Keliaw menjelaskan siasatan polis telah mendapati insiden denda telah berlaku, tetapi guru itu tidak memaksa anak murid itu makan rumput.

“Cikgu bagi penjelasan dua murid ini sebenarnya ada potensi untuk maju tetapi memandangkan prestasi tak bagus, jadi cikgu mengenakan denda terhadap mereka,” kata Som Sak.

Tambah beliau, guru itu sebenarnya berkata kepada murid-murid itu “Kalau awak rajin buat kerja, awak akan mendapat gaji besar kelak. Kalau tidak awak akan menjadi seekor lembu dan makan rumput.”




ciri-ciri guru positif dan negatif

Ciri-ciri sahsiah guru positif dan negatif.
v  Sahsiah mempunyai tiga ciri utama yang ingin diterapkan iaitu,
 Ø  Pertama, ialah keunikan dengan maksud tersendiri.
 Ø  Kedua, ialah kebolehansuain atau keupayaannya untuk berubah dan diubah;
  hasil pembelajaran atau pengalaman.
 Ø  Ketiga, ialah organisasi. Dengan perkataan lain ia bukan sekadar himpunan
  tingkah laku sebaliknya ia melibatkan corak tindakan dan operasi yang bersifat  
  konsisten. Tegasnya sahsiah mencerminkan sifat, fizikal, kognitif, emosi, sosial dan rohani      
  seseorang. 
 Ø  Selain itu, sahsiah juga merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu 
  secara keseluruhan. Ini merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat,
  kepercayaan, cita-cita dan nilai-nilai.

Ciri-ciri sahsiah guru yang positif dalam profesion perguruan.
Menurut Prof Omar al-Toumi al-Syibani sifat dan ciri seorang guru muslim hendaklah merangkumi sifat rohani, sifat fizikal dan beberapa keunggulannya.
Sifat Rohaniah
 Ø  Ianya merupakan perlakuan keimanan yang kental kepada Allah s.w.t.
  Sifat-sifat keimanan asas yang lain merangkumi sifat akhlak, mental, kejiwaan dan fizikal.
 Antara sifat-sifat akhlak yang mulia adalah benar lagi jujur, menepati janji,
            amanah, ikhlas dalam perkataan dan perbuatan, merendah diri, sabar, tabah lagi
            cekal, pemaaf dan toleransi. Akhlak mulia ini secara langsung terpamer dengan
            menyayangi murid, mementingkan orang lain, pemurah, zuhud dan qanaah 
 Ø  Sifat mental pula bercirikan cerdas (kepintaran teori, amali dan sosial), menguasai
           mata pelajaran takhassus, luas pengetahuan am, cenderung kepada pelbagai
           bidang akliah, dan ilmiah yang sihat, mengenal ciri, watak, kecenderungan dan
           keperluan murid, fasih, bijak dan petah dalam penyampaian.
 Ø  Sifat kejiwaan akan memaparkan karektor yang tenang dan emosi yang mantap.
          Sentiasa optimistik dalam hidup, penuh harap kepada Allah dan tenang jiwa bila   
          mengingati-Nya. Turut hadir juga rasa kepercayaan kepada diri dan mempunyai
          kemahuan baik yang kuat.  Bersifat sentiasa kesantunan bahasa, lembut dan baik
         dalam pergaulan.  Berfikiran selesa dan boleh menyesuaikan diri dengan       
          masyarakat.
 Ø  Sifat fizikal yang ingin diterapkan adalah sihat tubuh badan dan terhindar dari
          penyakit berjangkit atau tidak berjangkit. Sentiasa berperawakan tampan, kemas dan
          bersih.

 v  Berikut pula adalah berapa ciri-ciri sahsiah yang unggul antaranya adalah mesra,   
           rebut peluang, baik hati, bertoleransi, bermatlamat, beri peluang, berani, menolong,  
           tenang, dominan, sabar, periang, optimis, boleh dipercayai, teratur, pragmatik,    
           bercita-cita, sensitif, pemurah, dan bijaksana.

Berikut pula adalah beberapa karektor guru yang kurang berkesan (negatif).
Antaranya ciri-ciri guru negatif adalah
a.         bersikap tidak adil dan pilih kasih
b.         tidak demokratik dan mengutamakan cara autokratik
c.         terbatasnya amalan timbang rasa.
d.         Kurang responsif dan sering menjauhkan diri terhadap amanah.
e.         Berjiwa kasar dan membosankan
f.          Tidak asli tetapi lebih ”stereotype”.
h.         Tidak peduli dan amalan kurang memberi kesan
j.          Kurang bertanggungjawab dan bersikap dalih
k.         Emosi tidak seimbang dan mudah naik perasan.

Sikap negatif guru juga membabitkan beberapa kelakuan yang terlarang seperti
a. Menguruskan perniagaan atau pelaburan dalam waktu pejabat / tugas rasmi;
b. Memberi keutamaan kepada kenalan dalam menimbangkan sesuatu permohonan.
c. Menguruskan tender / sebut harga yang terdiri dari saudara mara;
d. Menggunakan kenderaan pejabat untuk kegunaan sendiri;
e. Menggunakan kakitangan/alat jabatan untuk hal-hal persendirian
f. Mencemar memburukkan nama baik perkhidmatan awam.
g. Menghasut kakitangan supaya jangan berusaha dalam menjalankan tugas;
h. Mengambil cuti rehat di saat perkhidmatannya diperlukan.
i. Tidak hadir tanpa cuti, tanpa kebenaran dan tanpa sebab yang munasabah.
j. Ingkar perintah.
k. Masih tidak hadir setelah ketua jabatan mengarahkan supaya kembali bertugas


punca guru ponteng

  

a    a)    Sikap guru itu.
Setiap guru mempunyai sikap yang berbeza samalah dengan pelajar. Contohnya, guru malas mengajar, tidak membuat kerja, tidak mengambil berat tentang pelajar dan sebagainya. Sikap guru ini termasuklah rasa bosan yang terbit dalam diri guru setelah mereka bertahun-tahun di sekolah yang sama dan menjalani rutin harian yang sama. Guru tersebut akan mula berasa bosan dengan perkara yang hampir sama dilaluinya setiap hari. Sikap guru yang tidak bertanggungjawab dan tidak memegang amanah serta mengabaikan kod etika perguruan juga cenderung melakukan kesalahan ini secara tidak sengaja. Malah mereka tidak menyedari bahawa mereka telah melakukan kesalahan yang amat berat dan melanggar etika keguruan dan secara tidak langsung merendahkan martabat keguruan dalam diri mereka itu sendiri. Selain itu, minat yang hilang untuk mengajar juga merupakan salah satu faktor menyebabkan guru hilang motivasi untuk memberi komitmen yang sepenuhnya kepada sekolah.




   

b    b)    Persekitaran
Apabila dikaitkan dengan persekitaran, guru yang ditugaskan di persekitaran sekolah yang harmonis akan memberikan komitmen sepenuhnya berbanding sebaliknya. Rakan-rakan kerja yang komited akan mempengaruhi sedikit sebanyak persembahan guru tersebut dalam pekerjaannya. Sekiranya guru itu ditugaskan di sekolah yang persekitarannya agak pasif maka guru tersebut akan menjadi pasif dan akhirnya hilang motivasi kerja dan tidak memberi komitmen yang sepenuhnya. Biasanya guru yang berpindah sekolah baru di sebabkan pertukaran yang terpaksa menyebabkan guru hilang fokus untuk mengajar kerana perlu menyesuaikan dengan tempat baru dan kerenah pelajar yang baru. Di samping itu, berjauhan dengan keluarga menyebabkan satu masalah bagi untuk melihat keadaan keluarga.


c    

c    c)    Bebanan kerja
Bebanan kerja guru yang semakin hari semakin meningkat merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah guru ponteng. Tekanan kerja yang dibebani kadang kala menyebabkan mereka tidak bersedia untuk mengajar demi untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Guru mengambil langkah mudah dengan meminta murid untuk melakukan kerja masing-masing sementara guru tersebut menyiapkan tugasan yang diberikan kepadanya oleh pihak pentadbir. Masalah bebanan kerja ini perlu diteliti semula kerana bebanan kerja yang melampau akan mengganggu proses P&P guru dan memberi tekanan emosi kepada guru sehinggakan minatnya untuk mengajar terganggu.





Monday, 21 April 2014

welcome to my blog

       


Add caption
WELCOME TO MY BLOG. 
Assalamualaikum kepada pembaca sedikit perkongsian daripada kami. Harap ianya berguna.....


Pengenalan

     Di antara profesion yang mulia di sisi Allah dan juga masyarakat ialah guru. Guru mewarisi tugas para nabi dan rasul untuk mendidik masyarakat.  Guru mengajar masyarakat menjadi pandai dan berilmu, disamping itu mendidik anak-anak didik menjadi insan yang baik dan mampu berjasa kepada keluarga dan masyarakat.


ciri-ciri guru yang unggul


 Berkualiti dari segi intelek
Seorang guru haruslah berilmu pengetahuan yang tinggi. Ini kerana guru adalah sumber dan menyampaikan maklumat kepada pelajar.Cabaran pada hari ini memerlukan guru yang memiliki pelbagai lmu pengetahuan dan kepakaran.

Selain daripada itu, guru juga perlu mahir IT. Kemahiran dalam teknologi maklumat ini perlu dikuasai sebagai Pemangkin kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti. Perkembangan sains dan teknolgi menyebakan teknologi maklumat mengalami perubahan dari masa ke semasa. Hal ini melahirkan seorang guru berkualiti dan berkaliber, sebagai guru hendaklah berusaha menggunakan aplikasi IT dalam pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan sains dan teknologi ini dapat mengemaskini kemahiran menggunakan komputer serta menghadiri kursus- kursus IT dan juga dengan sentiasa bertanya kepada mana-mana rakan guru yang lebih mahir dalam bidang ini.Kebolehan ini membolehkan kita mengajar menggunakan teknologi terkini dan akan mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

Pengusaan Bahasa Inggeris yang baik juga termasuk dalam ciri-ciri guru yang berkualiti.Guru perlu menguasai Bahasa Inggeris dengan baik kerana perkembangan sistem pendidikan negara masa kini memerlukan para guru untuk menguasai bahasa bahasa inggeris dengan baik. Penggubalan semula KBSR dan KBSM untuk pelaksanaan pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris juga merupakan satu faktor utama mengapa penguasaan bahasa inggeris adalah penting kepada setiap orang guru. Untuk sentiasa mengekalkan penguasaan bahasa inggeris kita perlu selalu menggunakan bahasa inggeris untuk berkomunikasi dengan rakan sekerja dan para pelajar

Guru juga perlu mempunyai daya kreativiti dan inovatif iaitu kebolehan untuk mencipta dan menghasilkan sesuatu idea baru, serta kebolehan mengubahsuai sesuatu idea menjadi lebih menarik

Kebolehan intelek akan kekal di dalam diri sekiranya kita menanamkan sikap ingin tahu. Sifat ingin tahu akan mendorong kita mempelajari dan menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang sering berubah-ubah, baik dari segi sukatan kurikulum, mahupun kaedah mengajar
Kegemaran membaca membolehkan seseorang guru tersebut sentiasa menambah pelbagai ilmu pengetahuan . Pembacaan yang meluas dalam pelbagai bidang memberi keyakinan kepada kita untuk menyampaikam pengajaran dengan berkesan. Sifat suka membaca amat penting untuk meningkatkan kualiti professional keguruan.

Ciri-ciri guru berkualiti juga perlu sentiasa meningkatkan kemahiran pedagogi.Kualiti Pengajaran menjadi pengukur utama kepada tahap profesionalisme guru kerana mengajar merupakan “core business” guru terhadap pelajar.Kita semestinya menguasai pengetahuan tentang teori-teori pembelajaran yang mutakhir. Di antara teori-teori pembelajaran tersebut ialah Teori Pembelajaran behavioral, Teori Pembelajaran Sosial kognititf, Teori Pembelajaran Kognitif , Teori Pembelajaran Humanis, Dan Teori Pembelajaran Konstruktivis.

Terdapat juga model-model pengajaran terkini yang dirancang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dijangkakan. Di antara model-model pengajaran yang perlu diamalkan oleh guru berkualiti ialah Model Pengajaran Expository, Model Pengajaran Pemerosesan Maklumat, Model Pegajaran Inkuiri , Model Pengajaran Projek dan Pembelajaran Masteri. Penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar untuk belajar akan mendatangkan hasil yang sangat memuaskan.


 Berkualiti dari segi Kerohanian
Guru juga perlu memiliki sahsiah atau tingkah laku yang baik dan terpuji. Di antara ciri-ciri seorang guru bersahsiah yang baik ialah menjalankan tugas tepat pada masanya, ikhlas dalam menjalankan tugas, menghormati rakan guru serta pelajar, rajin dan lain-lain. Nilaitara sahsiah atau tingkahlaku yang baik ini adalah terkandung di dalam Etika dan Tatasusila Profesion Keguruan .

Guru juga perlu memiliki pegangan agama yang kukuh.Dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Negara , agama diletakkan di tempat yang tertinggi. Pegangan agama yang kuat akan menyebabkan seseorang guru itu menjadi bertanggungjawab terhadap tugasnya, berilmu , berprinsip serta amanah.

 Berkualiti dari segi jasmani
Guru yang berkualiti sentiasa menjaga kesihatan diri.Kesihatan yang baik adalah penting agar dapat menjalankan tugas sebagai guru yang berkualiti sehingga tamat tempoh perkhidmatan.Kita hendaklah mengamalkan cara hidup yang sihat bagi mengekalkan kesihatan yang baik. Tubuh badan yang sihat tanpa penyakit memberi kelebihan kepada kita untuk berkhidmat dengan bertanggungjawab dan berkesan. Kita juga perlu mengamalkan pemakanan yang sihat. tubuh badan yang sihat dan cergas akan menghasilkan individu yang tajam pemikirannya dan ini akan membantu guru dalam menjalankan tugas dengan berkesan.

Sebagai seorang guru,guru tresebut harus menonjolkan penampilan diri yang baik Sebagai seorang guru, kita sentiasa diperhatikan oleh anak didik untuk dijadikan contoh tauladan. Cara berpakaian, gaya tutur kata dan tingkah laku kita mestilah menampakkan ketrampilan dan kewibawaan kita sebagai seorang guru yang berkualiti. kita perlu sentiasa berpakaian kemas bagi mengekalkan imej saya sebagai seorang guru yang berkualiti. Kita juga mesti sentiasa menjaga tutur kata dan tingkah laku agar menjadi contoh yang baik kepada pelajar.

Selain daripada itu, guru perlu memiliki kemahiran bercorak fizikal iaitu Kemahiran berkomunikasi dan kemahiran fizikal kemahiran komunikasi ialah semasa berhubung dengan pelajar, ibubapa , masyarakat dan pihak pengurusan sekolah. Kemahiran fizikal seperti mahir dalam sesuatu aktiviti sukan dan mana-mana unit beruniform bertujuan untuk melatih pelajar melibatkan diri dalam kokurikulum yang penting untuk pembentukan jati diri pelajar.

 Berkualiti dari segi Emosi.
Sentiasa menghayati nilai-nilai murni ,norma dan Etika Perkhidmatan.Terdapat 12 nilai murni teras Etika Kerja Perkhidmatan Awam Malaysia yang juga dikenali sebagai tonggak 12 yang perlu diamalkan

Guru juga harus mempunyai pemikiran yang positif dalam menjalankan tugasnya iaitu menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad dan kerja mengajar sebagai suatu ibadah tanpa sebarang alasan.